Rabu, 2 Oktober 2013

Perjalanan Mencari Redha Rabbul 'Izzati


Adakah hati ini perlu dibiar mengingati dia?

Adakah perlu Si dia dalam hidup ini?

Sekarang? Masa Ini? Disini?

Berkekalankah Si dia Itu sebagai Permaisuri untuk dirimu ??....

Pada Akhir nanti ???

Jika tidak ada keyakinan dalam dirimu

tentang itu....

Maka, tinggalkanlah bayang-bayangNya

Dan pasakkanlah pada hatimu

Bahawa Namanya sudahpun tercatat

Pada Luh Mahfuz..


Kenapa aku terjebak dengan perasaan hubungan yang tidak ada jawapan pasti??

Sakit hati dan rasa menyesal bila terjebak dengan perasaan ini..

Tapi, tahukah aku bahawa ini adalah ujian Tuhan untuk dekatkan aku pada Cinta Sang Pencipta

Aku mengerti akhirnya, bahawa cinta aku pada Tuhan perlu aku teguhkan untuk aku kecapi nikmat ketenangan di dunia dan akhirat.

Nikmat mengenal cinta Sang Pencipta adalah nikmat tak terhingga buat mereka yang celik mata hati..

Saat cinta tak dilafazkan, adakah cinta itu milik kita?

Saat diri malu meluahkan rasa, adakah kau rasa apa yang tersembunyi?

Saat tindakan kabur memberi makna , adakah bisa kau tafsir perilaku?

Segalanya, hanya pada Tuhan ku sampaikan rasa,cinta dan perilaku. Kerna hanya Tuhan bisa mengerti apa yang tersembunyi di sudut hati..

CINTA BUAT SANG PENCIPTA ADALAH CINTA AGUNG YANG TIDAK AKAN SIAPA PUN MENCEMBURUINYA…=)


Bersabarlah wahai Diri...
Ia khabaran yang semua dalam tangan pada saat ini akan dilepaskan.
Bila keadaan menuntut kita untuk melepaskan, maka lepaskanlah.
Allah akan ganti dengan kegembiraan lain.

Pertemuan singkat ini seperti hidup di dunia.Bila tiba saatnya pulang bertemu Allah, maka tiada lagi dunia dan seisinya.

Barangkali kita terlupa.Yang ianya hanya 1 pinjaman buat kita.

Tiada yang kekal melainkan Sang Pencipta.Hanya Allah.


Cinta manusia sangat sukar dimiliki kerana pilihan hati memilih yang terbaik bagi dirinya tapi cinta Allah hakiki dan kekal Abadi..
Kerana cinta manusia tertipu,
Kerana cinta,pemuda menjadi lemah
Kerana cinta, amal agama menjadi goyah
Kerana cinta khilafah islam sukar ditegakkan
kerana cinta itu melebihi cinta ilahi..
islam itukan indah
jodoh pertemuan sudah diatur tuhan..
Percayalah dengan janji-janji Allah..
"Kejar cita-cita baru kejar cinta"..
Cinta itu fitrah
semua inginkannya..Tapi !!
Galilah seberapa banyak ilmu serta bersuhbahlah bersama para 'alim ulama' 
manfaatnya semua untuk ummah..
Teruskan menuntut ilmu!! 
Set your priorities right..And Allah is still the priority..
Moga-moga kita semua beroleh taqwa 
yang mampu membantu kita
untuk meraih redha Allah swt, diganjari
SyurgaNya dan segala nikmatnya.

; Jangan lupa doakan buat diri yang faqir ini moga thabat dan sentiasa ikhlas dalam hidup sebagai hamba Allah dan khodimul 'ilm di muka bumi ini,jazakumullahu kheir 



#Wan Muhammad Faisal ibn Wan Mustafa
Coretan buat diri yang alpa dengan keindahan CiptaanNya..




الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..