Rabu, 2 Oktober 2013

Perjalanan Mencari Redha Rabbul 'Izzati


Adakah hati ini perlu dibiar mengingati dia?

Adakah perlu Si dia dalam hidup ini?

Sekarang? Masa Ini? Disini?

Berkekalankah Si dia Itu sebagai Permaisuri untuk dirimu ??....

Pada Akhir nanti ???

Jika tidak ada keyakinan dalam dirimu

tentang itu....

Maka, tinggalkanlah bayang-bayangNya

Dan pasakkanlah pada hatimu

Bahawa Namanya sudahpun tercatat

Pada Luh Mahfuz..


Kenapa aku terjebak dengan perasaan hubungan yang tidak ada jawapan pasti??

Sakit hati dan rasa menyesal bila terjebak dengan perasaan ini..

Tapi, tahukah aku bahawa ini adalah ujian Tuhan untuk dekatkan aku pada Cinta Sang Pencipta

Aku mengerti akhirnya, bahawa cinta aku pada Tuhan perlu aku teguhkan untuk aku kecapi nikmat ketenangan di dunia dan akhirat.

Nikmat mengenal cinta Sang Pencipta adalah nikmat tak terhingga buat mereka yang celik mata hati..

Saat cinta tak dilafazkan, adakah cinta itu milik kita?

Saat diri malu meluahkan rasa, adakah kau rasa apa yang tersembunyi?

Saat tindakan kabur memberi makna , adakah bisa kau tafsir perilaku?

Segalanya, hanya pada Tuhan ku sampaikan rasa,cinta dan perilaku. Kerna hanya Tuhan bisa mengerti apa yang tersembunyi di sudut hati..

CINTA BUAT SANG PENCIPTA ADALAH CINTA AGUNG YANG TIDAK AKAN SIAPA PUN MENCEMBURUINYA…=)


Bersabarlah wahai Diri...
Ia khabaran yang semua dalam tangan pada saat ini akan dilepaskan.
Bila keadaan menuntut kita untuk melepaskan, maka lepaskanlah.
Allah akan ganti dengan kegembiraan lain.

Pertemuan singkat ini seperti hidup di dunia.Bila tiba saatnya pulang bertemu Allah, maka tiada lagi dunia dan seisinya.

Barangkali kita terlupa.Yang ianya hanya 1 pinjaman buat kita.

Tiada yang kekal melainkan Sang Pencipta.Hanya Allah.


Cinta manusia sangat sukar dimiliki kerana pilihan hati memilih yang terbaik bagi dirinya tapi cinta Allah hakiki dan kekal Abadi..
Kerana cinta manusia tertipu,
Kerana cinta,pemuda menjadi lemah
Kerana cinta, amal agama menjadi goyah
Kerana cinta khilafah islam sukar ditegakkan
kerana cinta itu melebihi cinta ilahi..
islam itukan indah
jodoh pertemuan sudah diatur tuhan..
Percayalah dengan janji-janji Allah..
"Kejar cita-cita baru kejar cinta"..
Cinta itu fitrah
semua inginkannya..Tapi !!
Galilah seberapa banyak ilmu serta bersuhbahlah bersama para 'alim ulama' 
manfaatnya semua untuk ummah..
Teruskan menuntut ilmu!! 
Set your priorities right..And Allah is still the priority..
Moga-moga kita semua beroleh taqwa 
yang mampu membantu kita
untuk meraih redha Allah swt, diganjari
SyurgaNya dan segala nikmatnya.

; Jangan lupa doakan buat diri yang faqir ini moga thabat dan sentiasa ikhlas dalam hidup sebagai hamba Allah dan khodimul 'ilm di muka bumi ini,jazakumullahu kheir 



#Wan Muhammad Faisal ibn Wan Mustafa
Coretan buat diri yang alpa dengan keindahan CiptaanNya..




Selasa, 24 September 2013

Kesucian hati seorang Da'ie



Ketika Seorang Wali Allah swt Berceramah..

Syeikh Abdul Qadir `Al-Jailani sangat masyhur kewaliannya, seorang dengan berbagai julukan, qutb rabbani, seorang sufi yang agung, seorang yang sangat mencintai dan dicintai Allah dan sayyidina Muhammad shalallahu alaihi wasallam. Beliau bila berceramah menggunakan bahasa yang sangat sederhana, anak beliau yang telah menimba ilmu dan gemar berceramah satu ketika berkata di dalam hatinya jika diizinkan berceramah tentu aku akan berceramah dan membuat para hadirin akan menangis.

Suatu hari syeikh Abdul Qadir Al Jailani ingin mendidik putranya, dan berkata wahai putraku, bangkitlah dan berceramahlah....
Si anak kemudian berceramah dengan sangat bagus, namun tidak ada seorangpun yang menangis apalagi khusus`, para hadirin merasa bosan mendengar ceramahnya, padahal si anak telah banyak mengeluarkan Al Quran dan hadis nabawi


Setelah selesai, maka naiklah syeikh Abdul qadir ke atas mimbar lalu berkata: 

“Para hadirin, tadi malam istriku, menghidangkan ayam panggang yang sangat lezat, tetapi tiba-tiba datang seekor kucing dan memakannya.”

Mendengar ucapan ini, para hadirin menjerit, menangis..

Aneh...aku bacakan Al-qur`na, hadis nabi, syair dan berbagai akbar tak seorangpun yang menangis. Tapi ketika ayahku menyampaikan ucapan yang tidak ada artinya, mereka justru menangis. Sungguh aneh, apa penyebabnya?

Al Arif Billah Al Allamah Al Musnid Habib Umar bin Hafidz menjelaskan inti ceramah bukan pada susunan kalimat, tapi pada kesucian hati dan sifat sidiq si pembicara.



Sewaktu syeikh Abdul qadir al jailani berceramah, para hadirin yang menangis mengartikan kucing dalam cerita beliau sebagai “Setan” yang mencuri amal anak cucu Adam dengan cara menimbulkan sikap Riya`, Ujub, sombong.


Ada pula para hadirin yang menangis, menjerit mengartikan seseorang yang wafat dalam keadaan Su`ul khatimah, yakni ia membayangkan seseorang yang banyak beramal shalih namun di akhir hayatnya berakhir dengan su`ul khatimah (wafat dalam keadaan buruk)

Mereka semua menangis dan merasa takut kepada Allah Ta`ala hanya karena ucapan biasa. 
Sesungguhnya ucapan biasa itu telah membuat mereka berpikir, menerbitkan cahaya di hati mereka, berkat cahaya yang memancar di hati syeikh Abdul Qadir Al Jailani

Wallahu`alam


Isnin, 23 September 2013

منتجات للمقاطعة (Produk-produk untuk diboikot)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
كيف حالكم جميعا؟
كيف ايمانكم؟
أتمنى دواما العافية من رعاية الله سبحانه وتعالى

أقدم لكم منتجات إذا قاطعناها وإذا بذلنا مجهودات كبيرة لمقاطعتها ستؤدي بإذن الله إلى عزة الإسلام والمسلمين وإلى نصرة الدين.

Pada kali ini,tajuk yang akan dibentangkan adalah mengenai produk yang perlu diboikot!
Dikupas daripada rancangan "Pemikiran Pemuda" oleh Ahmad Shugairi..Semoga Bermanfaat ^_^


منتجات للمقاطعة
(Produk-produk untuk diboikot)



kupasan daripada rancangan
 خواطر الشباب pemikiran pemuda
oleh Ahmad Shugairi

الله سبحانه وتعالى يقول في آية واضحة {إن الله لا يغير ما بقول حتى يغيروا ما بأنفسهم}، الله سبحانه وتعالى في هذا الآية أعطانا السر أعطانا المفتاح لنهضة الأمة لم يقل حتى يغيروا ما بأعدائهم ولم يقل حتى يغيروا ما حولهم بل قال حتى يغيروا ما بأنفسهم ..

Firman Allah, ertinya: “Aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu,melainkan mereka yang mengubahnya sendiri”.

menurut tafsir Imam Jalalain: Frasa “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum,” bermakna tidak mencabut kenikmatan dari mereka; sedangkan frasa,  “sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,” bermakna dari keadaan baik menjadi keadaan maksiat.



 أقدم لكم منتجات إذا قاطعناها وإذا بذلنا مجهودات كبيرة لمقاطعتها ستؤدي بإذن الله إلى عزة الإسلام والمسلمين وإلى نصرة الدين.

Antara produk atau barang jika kita memboikotnya dan kita bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya,In Sya Allah,dengan Izin Allah akan membawa kepada kemuliaan dan ke'izzahan islam itu sendiri ..




"Produk yang pertama adalah "Rasuah

منتج الرشوة .. يقول الرسول صلى الله عليه وسلم: "لعن الله الراشي والمرتشي والرائش".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”.

"Produk yang Kedua adalah "Arak

المنتج الثاني الذي أطلب منكم اليوم أن تقاطعوه هو منتج الخمر.

"لعن الله شارب الخمر وبائعها وحاملها"

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam , " Allah s.w.t telah melaknat arak, peminum, pemberi minum, penjual, pembeli, pemerah, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang yang dibawa arak kepadanya"
(Hadis Riwayat Abu Daud )

Produk yang ketiga adalah Video klip

المنتج الثالث: الفيديو كليب

Video klip atau rancangan yang melalaikan dan membawa kepada kefasadan dan keruntuhan akhlak moral remaja,semakin hari semakin banyak kes-kes yang melibatkan keruntuhan remaja,klip video yang menghairahkan dan membawa jauh daripada agama

 ولا أحد يتكلم ولا أحد يطالب بمقاطعة هذا المنتج.. فلنقاطع جميعا الفيديو كليب

 Tiada suara dan tiada permintaan agar produk video klip melaghakan seperti lucah dan  sebagainya untuk diboikot



؛produk yang ke-empat adalah kezaliman

المنتج الرابع  الظلم والرسول صلى الله عليه وسلم يقول: "الظلم ظلمات يوم القيامة"

Rasulullah bersabda:kezaliman adalah kegelapan pada hari Kiamat.

Produk yang kelima adalah produk Zina

Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin.” (Riwayat al-Bukhari


 

Produk Yang Ke-Enam adalah Rezeki dari hasil yang haram

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan.


Produk yang ke-tujuh adalah sombong dan bangga diri

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر"،
 فلماذا لا يحارب منتج الكبر في العالم الإسلامي.

Sabda Rasulullullah sallalahu'alaihi wasallam "Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi




Produk yang Kelapan adalah Mengumpat

والغيبة كما شبهها القرآن كأنك تأكل لحم أخيك ميتا .. فلماذا لا نطالب أن نقاطع منتج الغيبة

Mengumpat ,sepertimana disamakan di dalam ALQURAN seperti memakan hati saudaranya.

" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya.
Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12) "

مرة أخرى الجهود المبذولة في مقاطعة منتجات الغرب أنا أحسن الظن بالجميع وجزاكم الله خير على جهودكم ولكن أتمنى أن تبذل نفس هذه الجهود بل أكثر في مقاطعة هذه المنتجات التي ذكرناها




Ahad, 22 September 2013

(Rida' Sunnah) Belajar beramal dengan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam


RIDA’ / SELENDANG / SYAL
Di sebutkan dalam kitab "Tarikh al Madinah al Munawarah". Stelah wafatnya Khalifah Umar bin Khattab dan Utsman bin Affan,Sayyidina Ali bin Abi Thalib lebih snang hidup menyendiri,jauh dr lingkungan kehidupan masyarakat kota.

Pernah pda suatu malam,Sayyidina Ali duduk mnyendiri di dalam rumahnya. Di malam itu udara dingin mulai menyengat tubuh, sdangkan tubuhnya hanya dibalut pakaian biasa dan burdah(syal) usang yg melilit di lehernya. Mata beliau trtunduk kebawah sambil bertasbih memuji kbesaran dan keesaan Allah SWT tak henti-hentinya.

Tiba-tiba seorang laki-laki mngetuk pintu rumahnya. Tamu itu dikenal di msyarakat dngan sbutan Abu Maryam. Setelah dibukakan pintu,ia dipersilahkan masuk, seraya duduk bersila di hadapan Sayyidina Ali sambil kedua tangannya memegang lutut beliau.

Dengan penuh tawadhu’, ia berbisik kpd Sayyidina Ali: “Wahai amirul mukminin,ada satu hal yg ingin aku sampaikan kepadamu.” Sayyidina Ali pun berkata: “Silahkan sebutkan apa saja kperluanmu wahai Abu Maryam.” Kemudian Abu Maryam berkata: “Buanglah burdah yang kau lilitkan dilehermu. Sesungguhnya burdah itu sudah usang dan tak pantas seorang amirul mukminin seperti engkau mengenakannya.”

Mndengar ucapan Abu Maryam tersebut Sayyidina Ali nenangis tersedu-sedu. Hal ini membuat Abu Maryamg menjadi malu karena telah melontarkan kata-kata yang menyinggung prasaan beliat. Setelah Sayyidina Ali mulai reda dari tangisannya beliau pun berkata: “Ya Aba Maryam, sesungguhnya setiap kali aku mngenakan burdah ini, timbul kecintaanku yg meluap-luap kepadanya. Burdah ini hadiah dari sahabatku yg paling aku cintai.”


Abu Maryam penasaran ingin tahu siapa gerangan teman beliau yg paling dicintainya. Ia langsung bertanya: “Siapa gerangan temanmu yg paling engkau cintai itu wahai amirul mukminin?”.

Sayyidina Ali pun menjawab: “Umar bin Khattab, Umar bin Khattab, kekasih Allah dan Allah kekasih Umar.” Kemudian beliau menangis lagi sambil mengusap air mata beliau dengan ujung burdahnya..


BELAJAR DAN BERAMAL DENGAN SUNNAH

''Rida' RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida’.Lambang orang yang mulia ada rida'.Bila ada orang mulia datang, RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.



Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM Dia nak jumpa RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM.''Aku kakak RASULULLAH.''Sahabat memberitahu hal tersebut kpd RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menyuruhnya supaya datang berjumpa.''Ya ALLAH, SYAIMA' ''. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari''Kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM ada kakak ke?''Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,'' RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,aku SYAIMA' '' RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menjawab,'' Ya ,aku tahu.''.SYAIMA' ialah kakak susuan RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,anak kepada HALIMATUS SA'DIAH.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

[ MURABBI SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI
kain rida’
jom sama-sama menghidupkan sunnah.. ツ



ape tu kain rida' ?
kain rida' tu selendangツ

sunnah ke?
ye..ia sunnah baginda yang mulia.. ツ



Petikan Hadis Tentang Bukti Rasulullah Mempunyai Syal (Rida' - رِدَاءٌ)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنْتُ أَمْشِي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ رِدَاءٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيظُ الْحَاشِيَةِ فَأَدْرَكَهُ أَعْرَابِيٌّ فَجَبَذَهُ بِرِدَائِهِ جَبْذَةً شَدِيدَةً نَظَرْتُ إِلَى صَفْحَةِ عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَثَّرَتْ بِهَا حَاشِيَةُ الرِّدَاءِ مِنْ شِدَّةِ جَبْذَتِهِ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ مُرْ لِي مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي عِنْدَكَ فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ ثُمَّ أَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ . بِهَذَا الْحَدِيثِ وَفِي حَدِيثِ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ مِنْ الزِّيَادَةِ قَالَ ثُمَّ جَبَذَهُ إِلَيْهِ جَبْذَةً رَجَعَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَحْرِ الْأَعْرَابِيِّوَفِي حَدِيثِ هَمَّامٍ فَجَاذَبَهُ حَتَّى انْشَقَّ الْبُرْدُ وَحَتَّى بَقِيَتْ حَاشِيَتُهُ فِي عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ; Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuat-kuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan kepadaku." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah.


Dalam hadits Ikrimah bin Ammar terdapat tambahan; "Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertarik ke arahnya." Dan dalam hadits Hammam; "Ia menarik selendang itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."

2. Diriwayatkan oleh Buraidah, ia mengatakan bahawa “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang seseorang solat dengan kain tanpa menyelepangkannya di atas bahu dan melarang solat dengan seluar tanpa mengenakan selendang (kain yang menutupi bahunya).” (Riwayat Muslim)
*maksud hadis ialah larangan solat tanpa berbaju. Jika tidak memakai baju, afdal kenakan selendang (rida) di badan.



وَعَنْ اَنَس اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اِذَا قَامَ اَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ فَلاَ يَبْزُقَنَّ قِبَلَ قِبْلَتِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ اَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ ثُمَّ اَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيْهِ وَرَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَقَالَ اَوْ يَفْعَلُ هَكَذَا

3. Daripada Anas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke kirinya atau ke bawah telapak kakinya” lalu ia (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) mengambil hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas sebahagian lalu baginda bersabda: “Atau dia berbuat begini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Bukhari)



ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ يَدْعُوْ حَتَّى رُئِيَ بَيَاضُ اِبْطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ اِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَّبَ رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ

4. “Kemudian baginda mengangkat kedua dua belah tangannya berdoa dan berdoa sehingga ternampak putih ketiaknya Kemudian baginda memalingkan belakangnya kepada manusia serta memalingkan selendangnya di kala beliau mengangkat kedua dua tangannya ….” (Hadis Riwayat Abu Daud)

ثُمَّ تَحَوَّلَ اِلَى الْقِبْلَةِ وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ فَقَلَّبَهُ ظَهْرَا لِبَطْنٍ وَتَحَوَّلَ النَّاسُ مَعَهُ

5. Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam berpaling ke arah kiblat dan beliau memalingkan selendangnya yang luar ke dalam dan orang ramai pun memalingkan selendang mereka bersama Rasulullah (Hadis Riwayat Ahmad)





اَنَّ النَّبِيَّ ص اِسْتَسْقَى وَعَلَيْهِ خَمِيْصَةٌ لَهُ سَوْدَاءٌ فَاَرَادَ اَنْ يَأْخُذَ اَسْفَلَهَا فَيَجْعَلُهُ اَعْلاَهَا فَثَقُلَتْ عَلَيْهِ فَقَلَّبَهَا الأَيْمَنِ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرِ عَلَى الأَيْمَنِ

6. “Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta hujan. Baginda memakai kain hitam empat persegi (kain selendang) lalu beliau hendak mengambil bahagian sebelah bawah, hendak dijadikan bahagian atasnya tetapi beliau merasa berat lalu beliau membalikkan yang sebelah kanan ke atas sebelah kiri dan yang sebelah kiri ke atas sebelah kanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

macam mana nak pakai kain rida' tu..?
--------------------------------
Rida' : Bagaimana Pemakaian Secara Sunnah?

menjawab ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre di dalam "Komuniti iluvislam.com"..

"Para ulamak biasa menyebutkan pakaian-pakaian Rasulullah sehingga se'detail'nya. Para guru kami menyebutkan, pemakaian rida' disunnahkan dan terdapat pelbagai cara memakainya. Malah para ulamak berbeza pendapat dalam memilih cara yang terbaik tanpa menafikan cara-cara yang lain. Kebanyakan guru kami mengajarkan supaya memakai rida' dengan meletakkan kain di atas bahu kiri (atau kanan mengikut sebahagian guru lain). Ada juga yang meletakkan di atas bahu kiri kemudiannya ditarik di sebelah belakang dan keluar melalui bawah ketiak kanan dan diangkat ke belakang melalui bahu kanan. Ada juga yang menggantungkan sahaja di tengkuk dan membiarkan ke bawah dari kedua-dua bahu. Apapun yang kami dapati, semua cara tersebut boleh dilakukan, dan jika diniatkan kerana mencintai Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan amalan para ulamak, insyaAllah beroleh pahala. "



Rasulullah memakai rida’

Memakai rida’ (semacam selendang) dan membalik posisi rida’ disunnahkan. Sebagai contoh dalil pemakaian rida’ / burdah shawl ini berlaku ketika Rasulullah saw menunaikan solat istisqa, iaitu dengan menaruh kain yang disebelah kiri ke sebelah kanan, dan kain yang ada di sebelah kanan ke sebelah kiri.
Hadis-hadis yang menyatakan dianjurkannya hal ini sangatlah banyak, diantaranya hadis Abu Hurairah, hadits Abdullah bin Zaid, hadis ‘Aisyah yang sudah disebutkan.


Pemakaian dan tindakan membalikan rida’ ini dapat dilakukan setelah berdoa, sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah, atau ketika hendak berdoa, sebagaimana hadits Abdullah bin Zaid Radhiallahu’anahu :

خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المصلى فاستسقى . وحول ردائه حين استقبل القبلة
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam keluar menuju lapangan untuk istisqa’. Beliau membalik rida’-nya ketika mulai menghadap kiblat” (HR. Muslim, no.894)


Khamis, 19 September 2013

(Bab melawan syahwat)





ﻛﺘﺎﺏ ﻛﺴﺮ ﺍﻟﺸﻬﻮﺍﺕ ﻟﺈﻣﺎﻡ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ
ﺇﺣﻴﺎﺀ ﻋﻠﻮﻡ ﺍﻟﺪﻳﻦ

ﺑﺸﺮﺡ ﺍﻟﻌﻠﺎﻣﻪ ﺣﺒﻴﺐ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﺣﺎﻓﻴﻆ

ﺣﻔﻆﻪ ﺍﻟﻠﻪ

oleh: Al'allamah Habib umar bin Hafiz (Bab melawan syahwat)

ﻗﺎﻝ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﺍﻟﺪﺍﺭﺍﻧﻲ :

ﻣﻦ ﺷﺒﻊ ﺩﺧﻠﺖ ﻋﻠﻴﻪ ﺳﺖ ﺍﻓﺎﺕ

Abu Sulaiman al Darani menyatakan : "Sesiapa
yang sentiasa berada dalam kekenyangan ia akan ditimpa enam penyakit :

1)ﻓﻘﺪ ﺣﻠﻮﻩ ﺍﻟﻤﻨﺎﺟﺎﻩ

Hilang kemanisan bermunajat

2)ﻭﺗﻌﺬﺭ ﺣﻔﻆ ﺍﻟﺤﻜﻤﻪ

Sukar menjaga hikmah dan kebaikan

3)ﻭﺣﺮﻣﺎن ﺍﻟﺸﻔﻘﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺨﻠﻖ

Hilang simpati terhadap makhluk lain. Ini disebabkan
apabila seseorang itu kenyang ia beranggapan bahawa orang lain juga kenyang sepertinya.

4)ﻭﺛﻘﻞ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩﻩ

Berkeberatan dan malas untuk melakukan ibadah

5)ﻭﺯﻳﺎﺩﻩ ﺍﻟﺸﻬﻮﺍﺕ

Syahwatnya kian meningkat

6)ﻭﺃﻥ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﻳﺪﻭﺭﻭﻥ ﺣﻮﻝ ﺍﻟﻤﺴﺎﺟﺪ ﻭﺍﻟﺸﺒﺎﻉ ﻳﺪﻭﺭﻭﻥ ﺣﻮﻝ ﺍﻟﻤﺰﺍﺑﻞ

Orang mukmin berduyun-duyun ke masjid dan
Orang yang kenyang sentiasa berlegar-legar
di tong sampah~tandas (membuang najis)".

#peringatan buat diri & teman-teman

:ﻛﺘﺎﺏ ﻗﺒﺲ ﺍﻟﻨﻮﺭ ﺍﻟﻤﺒﻴﻦ

ﻣﻦ ﺇﺣﻴﺎﺀ ﻋﻠﻮﻡ ﺍﻟﺪﻳﻦ

ﺍﺧﺘﺼﺮﻩ ﺍﻟﺪﺍﻋﻴﻪ ﺍﻟﻌﻠﺎﻣﻪ
ﺍﻟﺤﺒﻴﺐ ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺳﺎﻟﻢ ﺑﻦ ﺣﺎﻓﻴﻆ

Mencari Redha Allah



Atas muka dunia ni, usahalah jadi HAMBA ALLAH kerana hamba itu akan balik kepada ALLAH.

Pelajarilah ilmu yang akan MENGESAHKAN KETAATAN, MENGESAHKAN AQIDAH dan pelajarilah ilmu yang boleh MENSUCIKAN HATI.

kalau ilmu itu benar, ilmu itu akan MENUMBUHKAN IMAN. Mengajilah sehingga IMAN kita makin TINGGI.

ILMU itu boleh jadi PENAWAR dan boleh juga jadi RACUN, carilah ilmu yang boleh jadi PENAWAR.

Dalam hidup kita, kalau kita mendapat PERHATIAN dari orang SOLEH, itu MENGUNTUNGKAN kamu.

Tidak ada NIKMAT yang paling besar atas muka bumi ini melainkan nikmat MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH dengan MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH.

Siapa yang BERPENAT LELAH untuk mendapatkan ALLAH, kamu akan dapat.

||Tuan Guru Sheikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Mohd Romli AlAzhari||
Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah
Mudir Darul Hadis Kedah


Rabu, 28 Ogos 2013

Kisah Imam Ahmad & pembuat roti


Pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di tempat pijakan tapak kakiku”.

Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad.

Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar-benar ditarik ke sini untukmu.

Selasa, 30 Julai 2013

Cinta Ilahi

Renungan bersama :

Cinta manusia sangat sukar dimiliki kerana pilihan hati memilih yang terbaik bagi dirinya tapi cinta Allah hakiki dan kekal Abadi..
Kerana cinta manusia tertipu,
Kerana cinta,pemuda menjadi lemah
Kerana cinta, amal agama menjadi goyah
Kerana cinta khilafah islam sukar ditegakkan
kerana cinta itu melebihi cinta ilahi..
islam itukan indah
jodoh pertemuan sudah diatur tuhan..
Percayalah dengan janji-janji Allah..
"Kejar cita-cita baru kejar cinta"..
Cinta itu fitrah
semua inginkannya..Tapi !!
Galilah seberapa banyak ilmu serta bersuhbahlah bersama para 'alim ulama'
manfaatnya semua untuk ummah..
Teruskan menuntut ilmu!!
Set your priorities right..And Allah is still the priority... Berbaki lagi 8 hari... bermunajat dan berdoalah,
Moga-moga kita semua beroleh taqwa sempena
Ramadhan ini yang mampu membantu kita
untuk meraih redha Allah swt, diganjari
SyurgaNya dan segala nikmatnya.
"Banyakkan Doa' :

ﺍﻟﻠﻬﻢ إﻧﺎ ﻧﺴﺄﻟﻚ ﺭﺿﺎﻙ وﺍﻟﺠﻨﺔ
ﻭﻧﻌﻮﺫﺑﻚ ﻣﻦ ﺳﺨﺎﻃﻚ ﻭﺍﻟﻨﺎﺭ
ﺍﻟﻠﻬﻢ إﻧﻚ ﻋﻔﻮ ﺗﺤﺐ ﺍﻟﻌﻔﻮ ﻓﺎﻋﻒ ﻋﻨﺎ

; Jangan lupa doakan buat diri yang faqir ini moga thabat dan sentiasa ikhlas dalam hidup sebagai hamba Allah dan khodimul 'ilm di muka bumi ini,jazakumullahu kheir :)

#Misi pencarian LailatulQadr
jangan lepaskan peluang keemasan Ini !!

Isnin, 29 Julai 2013

Misi Pemburuan LailatulQadr


"Kita sudah memasuki Grand Finale Ramadhan.
Sama ada laki atau wanita, sebelum datang
kematian, sakit, uzur, haid..
Mulakan dengan niat dan azam, contohnya,
niatkan ingin hafaz 30 juzu' (bagi yang belum
hafaz), niat ulang 30 juzu' (bagi yg dah hafaz),
niat khatamkan baca 30 juzuk, taubat nasuha,
sedeqah sebanyak mungkin, jadi suami & isteri
serta parents yang soleh & banyak lagi.
MULAKAN niat SEMUA AMALAN HEBAT DAN BAIK.
Kemudian mulakan langkah pertama.. Insha Allah
ia dikira sebagai amalan penuh walau akhirnya
kita tidak sempat menamatkannya.
Itulah rahmat dan belasnya Allah kepada
hambanya. Itulah kehebatan niat ikhlas dan azam
yang soleh."

#Misi memburu lailatulQadr

via : Dr zaharuddin

Ahad, 28 Julai 2013

Malam Lailatul Qadar

"...apabila kita dapat merasa atau mengesan
sesuatu petanda (bahawa ianya adalah malam
Lailatul Qadr) maka tidak boleh tidak,mestilah kita
bersegera merebut peluang untuk betul-betul
memanfaatkannya dan bermunajat mengadap
Allah S.W.T.
Dan hendaklah diutamakan doa kita (pada malam
yang mulia itu) dengan doa untuk kebaikan Umat
Islam seluruhnya dan doa agar dibebaskan Al-
Quds As-Syarif,dan pulangnya semula Al-Aqsa ke
pangkuan kita Umat Islam,dan dikemudiankan doa
kita untuk perkara dunia.."
Petikan dari Artikel oleh Al-Imam Al-Allamah
Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah bertajuk "Adakah
mungkin bagi seseorang Muslim itu untuk
menyedari dan mengesan Lailatul Qadr?"
Artikel yang menerangkan apakah petanda-
petanda dan bagaimanakah cara untuk dapat
mencapai Lailatul Qadr.
Artikel penuh : https://www.facebook.com/
photo.php?fbid=658958060798772&
set=a.332018776826037.91920.300263833334865&t
ype=1&theater
Penterjemah kalam syeikh :Ustaz Muhammad Noorazam Bin Bahador hafizahullah

Jumaat, 26 Julai 2013

Rahsia Sujud

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT
telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat
1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma
O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak
manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari
jantung kerana posisi jantung yang berada di
dada tidak cukup kuat untuk menampung
pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak
amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang
mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.
Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama
untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius
akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan
mengalir setiap inci ke otak manusia secara
sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud
seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam
dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak
dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi
lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis
penyakit seperti stress, migraine, stroke ,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran
sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama
ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh
membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…
dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat
tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA
ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat
menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah
beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana
sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan
dengannya Allah mengangkat satu darjat dan
menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR
Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut
ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu
paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan
sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa
menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan
Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri,
pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah
hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah,
ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah
tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a
berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang
paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat
hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud,
dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina
seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat
Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ”
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan
ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan
dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud
dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka
tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat
15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan
wajahnya ditempat yang paling rendah di atas
tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh
dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya
terhadap punca asal kejadian manusia itu dari
tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah.
Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan
juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak
mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap
Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu
sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat
akan mati maka terasa seolah-olah bahawa
solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia
akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia
merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah
ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu
merupakan pintu bagi seseorang memasuki
gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa
gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika
itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk
mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping
lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana
Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan
dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan
batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) ,
Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai
hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND
TAKE…

Khamis, 25 Julai 2013

Doa : Selamatkan Mesir ( Syeikh Usamah Sayyid Azhari)

"Ya Allah,aku memohon padaMu pada waktu sahur
yang penuh keberkatan ini dari malam Jumaat
yang Mulia dan dari Bulan Ramadhan yang Mulia -
agar Engkau memelihara Mesir dan seluruh
rakyatnya.
Dan aku memohon agar Engkau menjadikan hari
Jumaat ini hari berkasih sayang dan janganlah
Engkau jadikannya hari pertempuran.
Ya Allah,sesungguhnya ketika urusan menjadi
semakin sukar dan rumit,dada menjadi sempit,dan
hati telah sampai ke kerongkong,sesungguhNya
menjadi kebiasaan bagi Engkau terhadap kami Ya
Allah ketika keadaan sebegini,untuk Engkau
membuka bagi kami Khazanah kelembutanMu,un
tuk Engkau mencurahkan hujan kurniaan dan
rahmatMu.
Ya Allah,sesungguhnya ketika mana dugaan
menjadi berat,sesungguhnya Engkau pasti
menyambut tangan hambaMu dengan keluasan
kelembutan kasihMu,dan kecantikan pemeliharaan
dariMu.
Ya Allah,limpahkanlah bagi warga Mesir
seluruhnya penjagaan dan afiat Mu,keamanan dan
pemeliharaanMu,dan jadikanlah kesudahan
urusan mereka kesudahan yang baik dan
bijaksana.
Ya Allah,sesungguhnya aku menyerahkan dalam
penjagaanMu : Lelakinya dan Pemudanya,Perem
puannya dan Gadisnya, anak-anak kecilnya dan
golongan tuanya.
Ya Allah,aku menyerahkan dalam penjagaanMu :
Rumah-rumahnya,hartamiliknya,bangunan-
bangunannya.
Ya Allah,aku menyerahkan dalam penjagaanMu :
Sungai Nilnya dan tanahnya,kebaikan-kebaikan
yang ada didalamnya,dan hasil mahsulnya.
Ya Allah,aku menyerahkan dalam penjagaanMu :
Keamanan dan keselamatannya,dan rezeki seluruh
rakyatnya.
Ya Allah,aku menyerahkan dalam penjagaanMu :
Lautnya,sempadanya dan para askarnya.
Ya Allah,aku menyerahkan dalam penjagaanMu:
Darah rakyat Mesir seluruhnya,dari pelbagai aliran
dan kumpulan,kelompok dan halatuju.
Ya Allah, peliharalah darah mereka dari
ditumpahkan.
Turunkanlah bagi mereka ketenangan dariMu.
Ya Allah,cabutlah perasaan dendam,hasad,pe
rmusuhan,dan kemarahan dari dada mereka,dan
rawatlah Ya Allah jiwa mereka dari dendam.
Peliharalah mereka dengan penjagaanMu,Wahai
Tuhan yang tidak pernah terabai dan disia-siakan
apa saja yang diamanahkan padaMu.
Engkaulah sebaik-baik Penjaga.
Tidak adalah daya dan upaya,melainkan dengan
Engkau sahaja Ya Allah.
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻣﻴﻦ
[Fadhilatus Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-
Azhari Hafizahullah]
Credit : Ustaz Noorazam Bahador hafizahullah

Nuzul Quran

malam nie merupakan malam nuzul quran (17 Ramadhan)
menunjukkan kita berada di pertengahan bulan
ramadhan.
Bagi mereka yang mendapat kemanisan beribadat
di bulan ramadhan sudah berasa sedih kerana
bulan ramadhan bakal berakhir..moga-moga kita
tergolong dalam
golongan yang sedih dengan permergian bulan
ramadhan. ..
jom tambahkan amalan selagi mana diberi
kesempatan..moga semuanya diterima ALLAH
# salam ibadah

Rabu, 24 Julai 2013

Salam eidulfitri@perantauan

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin Buat keluarga tercinta di Malaysia ,Teratak
kediaman di Puchong Perdana,selangor mak ayah atok dan adik beradik..Tidak
dilupakan kepada sanak saudara sahabat
handai yang disayangi,
Juga buat tenaga para mu'allim ,guru-guru di
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam dan
semua yang mengenali diri yang faqir ini.Semoga
tarbiah ramadhan  menjadikan kita lebih bertaqwa dan Semoga segala amalan kita di bulan
Ramadhan diterima Allah hendaknya dan
semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat
kita semua, .. Mohon maaf atas segala kekhilafan..insyaALLAH,sekiranya dipanjangkan umur tahun depan kita berjumpa
Kullu Sanah wa Entum Bikhair.
Dari saya Wan Muhammad Faisal bin Wan Mustafa Mahasiswa Kuliah Usuluddin tahun
satu Universiti Al-Azhar Kaherah,Mesir

bm.harakahdaily.net/index.php/salam-perantau/21084-salam-idulfitri-1434h

Murabbi Tercinta

Kenali ulama Al-Azhar

Ulama' keturunan Nabi Muhammad S.A.W

Nama beliau adalah Al-Allamah Al-mahbub As- Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani hafizahullah.. Seorang doktor pakar bedah ,juga seorang murobbi, alim, zuhud dan wara', juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahlisunnah wal jama’ah,bermazhab Syafi’ie,berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama Al-Azhar As-Syarif.

Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 Hbersamaan 23 September 1954 M di HayyuRaudhul Faraj, Kaherah.

Isnin, 28 Januari 2013

Musa bin Nusair (ﻣﻮﺳﻰ ﺑﻦ ﻧﺼﻴﺮ)

Assalamualaikum,sahabat sekalian kalian , hari ni saya
ingin mengisahkan riwayat hidup Musa bin Nusair.Beliau dilahirkan pada tahun 19 hijrah
di bumi hirah . Bapa beliau bernama Nusair
merupakan tawanan Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid . Sebelum memeluk Islam ,bapa beliau
beragama Nasrani .Setelah pembukaan Islam di
Syam bapa beliau telah diislamkan oleh Khalid AL Walid dan ditarbiah dengan ilmu agama dan
jihad . Musa bin Nusair dan bapanya telah
berpindah ke hijjaz dan mereka hidup dala
masyarakat arab . Semenjak kecil beliau telah
diasah dengan semangat jihad .
Setiap waktu subuh beliau selalu mendengar
kisah 2 keberanian para sahabat seperti Saad
bin Abi Waqqas ,Abu ubaidah Al Jarrah , Khalid
Alwalid dan para sahabt yang lain . Beliau
dilatih dengan seni perang dan didikan agama.
Beliau merupakan tabiin yang mana beliau
sempat berjumpa beberapa orang sahabat
seperti contohnnya Ibnu Umar dll.bersambung.
Pada pemerintahan Muawiyah, Nusair bapa
beliau telah dilantik sebagai pngawal
khalifah .Peperangan pertama yang beliau ikuti
ialah pembukaan Qubrus . Beliau telah dilantik
sebagai panglima kepada Abdul Aziz Bin
Marwan dan diperintahkan untuk membuka
Maghribi .Apabila beliau telah membuka
Maghribi beliau telah menjadi gabenor
disitu .Beliau telah memerintah dengan adil
hinggakan kaum Babar memeluk Islam .Beliau
telah melantik Toriq bin Ziyad sebagai amir
wilayah tonga. Pada tahun 92 hijriah beliau
telah menghantar Toriqbin Ziyad utk membuka
Andalus dan seterusnya beliau juga ke Andalus
bersama pasukannya (rujuk pembukaan andalus).
Setelah beliau telah diperintahkan pulang ke Damsyiq,Khalifah Al Walid sedang gering dan
seterusnya wafat dan digantikan oleh Sulaiman
bin Abdul Malik.Pada tahun 97 beliau bersama
Khalifah pergi menunaikan haji di
Mekah .Semasa dalam permusafiran di Madinah
beliau telah berdoa supaya Allah Taala
mewafatkannya di Madinah atau beliau kekal
dalam medan jihad. Allah Taala telah
mewafatkannya ketika belaiu berumur 78 tahun
dan beliau dikebumikan di Baqi'

Rabu, 23 Januari 2013

Habibana MUNZIR Ketika berhadapan dengan Guru mulia (HABIB UMAR BIN HAFIDZ) beliau menangis dan berkata, “wahai tuan Guruku,
Betlkah usia hamba akan Segera
berakhir...?,”
(kerana bnyaknya penyakit dan sudah
merasa tidak mampu menampung beban
DAKWAH YG bukan hanya dana, TAPI perluasan  dan segala  msalah yang terus membesar dan meluas

MAKA GURU MULIA TERSENYUM DAN BERKATA,
"SEMUA SAKIT BERATMU AKAN SEMBUH, DAN
JANGAN RISAU, USIAMU MASIH PANJANG.. NAMUN
WALAU KAU TAHU KAU AKAN MATI SATU JAM LAGI,
JANGAN TINGGALKAN DAKWAH INI.."
ALLAHU AKBAR... GEMBIRANYA KITA MENDENGAR
USIA HABIBANA MASIH PANJANG.. DAN SEMUA
SAKIT BERATNYA AKAN SEMBUH..
biiznillah,amiin..

Rasulullah S.A.W bersama anak-anak kecil

Suatu hari Rasulullah saw melakukan perjalanan
dgn bbrp sahabatnya. Di tengah jalan Beliau
berjumpa dgn sekelompok anak².. Setelah
mengucapkan salam kpd Beliau saw, pandangan
anak² itu tak pernah lepas dari wajah Suci
Rasulullah saww. Rasulullah saw bertanya kepada
anak² yg belum berusia baligh itu ttg mengapa
mereka memandangi beliau semacam itu..?
Anak².. "Kami mencintaimu.."
Rasul saw.. "Apakah Cinta kalian kpdku melebihi
Cinta kalian kepada ibu kalian?"
Anak².. "Ya.."
Rasul saw.. "Apakah Cinta kalian kpdku melebihi
Cinta kalian kpd kedua mata kalian sendiri ?"
Anak².. "Ya, Cinta kami kpdmu melebihi Cinta
kami kpd kedua mata kami.."
Rasul saw.. "Apakah kalian lebih menCintaiku atau
lebih menCintai ΛLLΛH ?"
Mereka terperanjat dan diam.. Tapi tak lama
kemudian mereka menjawab, "Wahai Rasulullah,
yg menyebabkan kami menCintaimu adlh karena
keCintaan kami kepada ΛLLΛH.”
Rasulullah saww merasa Kagum atas jawaban
anak² yag masih kecil itu. Lalu beliau BerSabda
kepada para sahabatnya.. "Kita seharusnya
demikian.."
Beliau saw menambahkan, "Sesungguhnya
landasan iman yg paling KUAT adalah CINTA dan
BENCI Hanya KARENA ΛLLΛH."
Adalah MUSTAHIL seseorang dapat menCintai
ΛLLΛH Tanpa menCintai Rasul-Nya, dan MUSTAHIL
seseorang bisa menCintai Rasul-Nya, Tanpa
menCintai Ahlul Bait Rasulnya..
Yaa Sayyidi Yaa Rasulullah Khudz Biyadii....

KISAH KECINTAAN SAHABAT KEPADA RASULULLAH SAW


Rasulullah itu adalah orang yang sangat dicintai
oleh para sahabatnya, umumnya para sahabat
mencintai Rasulullah Saw, walau ada sebagian
sahabat yang diam-diam membenci Rasulullah.
Tetapi mayoritas sahabat itu sangat mencintai
Rasulullah Saw.
Pernah suatu malam Rasulullah mendengar suara
beberapa orang di luar kamarnya, Rasulullah
menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu
mereka menjawab: “Ya Rasulullah, kami tidak
sanggup tidur khawatir ketika kami tidur nanti,
orang-orang kafir datang dan membunuhmu.”
Mereka sukarela menjadi satpam Rasulullah Saw,
datang sendiri, tidak dibayar. Tetapi Rasulullah
Saw mengatakan, “Tidak, Allah melindungi aku,
pulanglah kamu ke tempat kamu masing-masing.”
Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah.
Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke
rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai
Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia
hanya mengucapkan salam lalu memandang
Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu saat
setelah dia ketemu Rasululllah dia pergi, lalu tak
lama kemudian balik lagi dari pasar dan dia
datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin,
“Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena
saya takut tidak sanggup melihat engkau setelah
ini.” Dan Rasulullah mengizinkannya.
Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah tidak
pernah melihat lagi tukang minyak wangi itu.
Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata ia
sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia
pergi dari pasar dan memandang wajah Rasulullah
Saw itu. Lalu kata Rasulullah Saw: “Kecintaannya
kepadaku akan menyelamatkan dia di hari
akhirat.”

ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ

Kasihmu Ya Rasulullah...
suatu ketika Rasullullah berkumpul didalam satu
majlis bersama sahabat2, tiba2 bergenang air
mata Rasullullah s.a.w. Para sahabat gelisah
melihatnya.. bila ditanyakan oleh Abu Bakar r.a. ,
baginda mengatakan bahawa terlalu rindukan
umatnya yang disebut ikhwannya. Para sahabat
merasa iri hati hinggakan S.Abu Bakar sekali lagi
bertanyakan pada Rasullullah s.a.w- bukankah
kami ini ikhwanmu? Rasullulah menjawab "..tidak,
kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah
umatku yang belum pernah melihatku tetapi
mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku
sangat rindu untuk bertemu mereka...

Selasa, 22 Januari 2013

||SEJARAH SAMBUTAN MAULID NABI SAW BAGI YANG KELIRU||

Ahli sejarah dan para ulama mengatakan bahawa
orang yang pertama mengadakan sambutan ini
adalah Raja MuzaffrAd-Din Abu Sai'd Kaukabri
(wafat 620H), seorang raja sunni di Irbil, Iraq di
zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi [Rujuk
Wafayatul A'yan karya Ibnu Khalkan jilid 3 m/s
524 terbitan Darul Kutub Ilmiyah].
Al-hafiz Ibnu Kathir juga menyebut di dalam 'Al-
Bidayah wa An-Nihayah' ketika menceritakan
tentang kisah Raja Muzaffhar:
"Dan adalah beliau mengadakan sambutan Maulid
Nabi SAW pada bulan Rabi'ul Awwal dan
menyambutnya dengan sambutan besar-besaran,
dan beliau juga seorang yang pemurah, berani,
pembinasa(musuh), pahlawan, bijak, berilmu dan
adil, moga Allah merahmatinya dan memuliakan
tempatnya. Dan telah menulis Al-Hafiz Syaikh
Abul Khattab Ibnu Dihyah satu jilid dalam Maulid
Nabi SAW berjudul "At-Tanwir Fi Maulid Al-Basyir
An-Nazir" , maka beliau menghadiahkan Ibnu
Dihyah atas karyanya itu dengan seribu
dinar" [Rujuk Bidayah Wa An-Nihayah 13/136:
Maktabah Syamilah]
Pujian Imam Ibnu Kathir kepada Raja tersebut
jelas menunjukkan satu persetujuan dan
pengiktirafan kebolehan majlis sambutan maulid
yang diadakan raja tersebut. Jika beliau
mengatakan maulid itu haram, maka pastilah Ibnu
Kathir mencela dan mengkritik perbuatan raja
tersebut.
Menurut Imam Al-Suyuthi pula, Raja Muzaffhar
tercatat sebagai raja pertama yang memperingati
hari kelahiran Rasulullah SAW ini dengan
perayaan yang meriah luar biasa. Tidak kurang
dari 300 000 dinar beliau keluarkan dengan ikhlas
untuk bersedekah pada hari peringatan maulid
ini.[Rujuk Husnul Maqsid Fi Amalil Maulid
lissuyuti]
Walaupun sambutan maulid telah diamalkan
sebelumnya oleh Syiah Fatimiyyun ketika mereka
memerintah Mesir dari 362 h hingga 567 h,
namun ianya tidak dikira sebagai sambutan
maulid yang rasmi dan yang sebenarnya, kerana
mereka tidak menyambutnya secara rasmi
sepertimana kita menyambutnya dan kerana
mereka lebih mementingkan sambutan dan
perayaan Syiah.
Menurut ahli sejarah pula, adalah satu kesilapan
jika mengaitkan Syiah Fatimiyyun dengan
sambutan maulid Nabi SAW kerana sebenarnya
golongan Syiah hanya menyambutnya dengan
mengagihkan manisan dan sedeqah sahaja.
Sebaliknya Raja Muzaffhar menganjurkannya
secara rasmi yang dihadhiri para ulama dan
fuqaha dengan perayaan dan majlis ilmu dan zikir
besar-besaran. Justeru, perlu untuk kita bezakan
antara Maulid Syiah dengan Maulid Sunni yang
diamalkan kita. [Rujuk kitab Al-Hayah Al-
Ijtima'iyah Fi 'Asr Al-Fatimi karya pakar sejarah Dr.
Abdul Mun'im Sultan dan Tarikh Al-Ihtifal karya
Muhammad Khalid Thabit]
Ya, maulid Syiah jauh bezanya dengan maulid
Sunni. Mereka buat cara lain, dan kita buat cara
lain. Kita bukan tiru mereka. Jika amalan ini salah,
maka mengapa para ulama seperti Imam Ibnu
Hajar Al-Asqalani Dan Imam As-Suyuti, Imam As-
Sakhawi dan lain-lain membolehkan sambutan
tersebut? Mengapa ingin menolak pandangan
ulama muktabar tentang wujudnya Bid'ah
Hasanah?
Bagaimanapun, telah tertulis juga dalam sejarah
bahawa sambutan Raja Muzaffhar pada kurun
keenam ini telah didahului seorang ulama dan
ahlullah bernama Umar Al-Malla'(w 570H) di
zaman Sultan Nuruddin Mahmud Zinki pada kurun
kelima.
Guru Imam Nawawi, Al-Allamah Syihabuddin Abu
Syamah Al-Maqdisi (w 665 H) menyebut dalam
kitab sejarahnya [Ar-Roudhotain Fi Akhbar Ad-
Daulatain' jilid 1 m/s 189]:
"Syaikh Umar Al-Malla' seorang yang 'alim yang
hebat pelbagai bidang(wafat 570H)...dan adalah
para ulama dan fuqaha dan para raja serta
pemimpin menziarahinya di zawiyahnya dan
bertabarruk dengan semangatnya dan
mengharapkan dengan berkatnya.. dan pada
setiap tahun,beliau ada ajakan(beliau mengajak
dan menjemput) pada hari-hari maulid untuk
menyambut Maulid nabi SAW yang dihadhiri
pemimpin negeri dan ahli syair dan mengalunkan
nasyid pujian kepada Nabi SAW di dalam
sambutan tersebut.."
Wallahu ta'ala a'la wa a'lam..

Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


||Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad SAW: Antara 9
Rabi'ul Awwal dan 12 Rabi'ul Awwal||
Para Ulama dan Ahli Falak telah sepakat bahawa
tahun gajah, yakni tahun kelahiran Nabi SAW
jatuh pada tahun 571 Masihi dan Baginda SAW
lahir pada bulan Rabi'ul Awal, hari Isnin.
Bagaimanapun, mereka berbeza pendapat dalam
menentukan adakah Baginda SAW lahir pada 9
Rabi'ul Awal atau 12 Rabi'ul Awal; 20 April atau
22 April? Terdapat juga beberapa pendapat yang
lain tetapi ianya lemah.
Menurut Imam Al-Kauthari, Raja Muzaffar Kaukabri
(wafat 620H), pengasas majlis sambutan maulid
Nabi SAW pernah menyambutnya pada malam
kelapan Rabi'ul Awal (hari 9 rabi'ul Awal) pada
tahun tertentu, dan menyambutnya pada malam
12 Rabi'ul Awal pada tahun yang lain untuk
beramal dan meraikan kedua-dua riwayat tersebut.
[Maqalat Al-Kauthari m/s 307]
Berkata Al-Imam Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih
Muhammad Zahid Al-Kawthari r.a (Ulama besar
zaman khilafah Uthmaniah wafat 1371 h):
Adat yang biasa diikuti di negara-negara islam
dalam sambutan Maulid Nabi SAW adalah pada 12
Rabi'ul Awwal kerana telah disepakati kelahiran
baginda SAW tidak berlaku setelah tarikh ini(dari
13 hingga 30 Rabi'ul Awal) di sisi seluruh ulama,
maka mereka mengadakannya di satu malam yang
tidak mempunyai apa-apa perbezaan pendapat
setelah tarikh ini yang mana telah jelas Nabi SAW
lahir sebelum waktu tersebut.
Dan tidaklah satu perkara yang aneh tentang
khilaf tarikh kelahiran Nabi SAW kerana Baginda
SAW lahir di sisi masyarakat yang buta huruf,
tidak tahu menulis dan mengira serta tidak
tertulis dalam sejarah kecuali peristiwa-peristiwa
yang makruf di sisi mereka.
Para ulama berbeza pendapat sama ada Nabi SAW
lahir pada 9 Rabi'ul Awwal atau 10 Rabi'ul Awwal
atau 12 Rabi'ul Awwal.
Tarikh 10 Rabi'u awwal disandarkan oleh Ibnu
Sa'ad di dalam tabaqatnya kepada Muhammad Al-
Baqir r.a, tetapi pada sanadnya ada 3 periwayat
yang dipertikaikan.
Tarikh 12 Rabi'ul Awwal pula walaupun masyhur
dan dinaqalkan kebanyakan ulama dalam kitab-
kitab sirah, tetapi asalnya disandarkan kepada
Muhammad Ibnu Ishaq, dan tarikh ini disebut
oleh Muhammad Ibnu Ishaq tanpa sanad(tiada
sanad)..
Manakala tarikh 9 Rabi'ul Awwal adalah yang
paling rajih dan muktamad, ia merupakan
pendapat yang dikemukakan Ibnu Abdil Barr
dalam 'Al-Isti'ab' ketika menyebut sudut khilaf
dalam tarikh maulid Nabi SAW. Dan telah
menghadkan tentangnya sebelumnya Abu Bakar
Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi. Dan berkata
tentang tarikh ini juga Al-Hafiz Umar Ibnu Dihyah
al-Kalbi dalam kitabnya 'At-Tanwir Fi Maulid As-
siraj Al-munir' yang mana dengan kitab tersebut
beliau mendapat hadiah 1000 dinar dari Raja
Muzaffar Ad-din(di zaman Sultan Salahuddin Al-
Ayyubi) katanya, "Dan ianya(tarikh 9 rabiulawwal)
tiada yang sahih tarikh selainnya dan telah
sepakat tentangnya ahli sejarah"
Bahkan ianya juga dikuatkan lagi dengan kajian
pakar ilmu falak yang terkenal, Al-Allamah
Mahmud Basya Al-Falaki Al-Misri dalam risalahnya
yang berbahasa Perancis dan telah diterjemahkan
kepada bahasa arab oleh Ahmad Zaki Basya
berjudul "Nataij Al-afham Fi Taqwim Al-Arab
Qablal Islam Wa Fi Tahqiq Maulid Nabi Wa
Umruhu 'Alaihissolatuwassalam" pada tahun 1305
h. Kajian tersebut mengemukakan banyak kajian-
kajian ahli falak timur dan barat yang
mengesahkan bahawa hari Isnin bertepatan pada
9 Rabi'ul Awwal tahun gajah, bersamaan 20 April
571 Masihi. [Rujuk Maqalat Al-Kauthari m/s:
305-307 & 311]
Syaikh Sofiurrahman Al-Mubarakfuri juga
menyebutkan dalam kitab sirahnya 'Raheeq Al-
Makhtum' bahawa Baginda SAW lahir pada 9
Rabi'ul Awwal.
Bagaimanapun, Menurut Mufti Mesir, Syaikh Ali
Jum'ah hafizahullah, terdapat juga kajian ahli
falak yang bernama Dibbanah di dalam kitabnya
"Taqwim 'Am Li Khamsati Alafi 'Am" yang
mengesahkan bahawa 22 April jatuh pada hari
Isnin, yakni 12 Rabi'ul Awwal, manakala 20 April
pula (9 Rabi'ul Awwal) jatuh pada hari Sabtu..
Rujuk video beliau di: http://www.youtube.com/
watch?v=yH1P5mKzRfs
Menurut Al-Allamah Al-Muhaddith Prof. Dr Sayyid
Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani, kita tidak
mengatakan bahawa sambutan kelahiran Nabi SAW
adalah sunnah dan terikat pada tarikh dan
malam-malam tertentu, bahkan sesiapa yang
beri'tiqad dan meyakini sedemikian, maka dia
telah melakukan satu bid'ah yang sesat dalam
agama kerana memperingati Nabi SAW dan
berpaut hati pada baginda SAW itu perlu pada
setiap waktu dan zaman dan perlunya juga untuk
mengisi jiwa dengan kecintaan kepada Nabi SAW.
Sesungguhnya berkumpulnya kita untuk
menyambut kelahiran nabi SAW pada bulan
Rabi'ul Awal adalah bukan suatu ibadah, tetapi
ianya merupakan adat yang dijadikan sebagai
wasilah yang besar untuk berdakwah kepada Allah
untuk mengingatkan umat yang lalai tetang akhlak
Nabi SAW, sirah baginda SAW, keadaannya,
muamalatnya, ibadahnya dan lain-lain.
[Diadaptasi dari kitab 'Mafahim Yajibu An
Tusohhah' m/s 253-254 karya Al-Allamah Sayyid
Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani dengan
sedikit sunting

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..